Tuesday, August 17, 2010

lawakk bangang *againn :))

nahh bdo sunggo +,+


Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....




si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?





si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?



si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik



si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita



lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.



Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....



si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan,

dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....



Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....



si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......



Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk



si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.



si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?



si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...



si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi



si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA....UWAAAAAA


nk lagi ? nahh :))

 
 
Seorang gadis kampung, Timah, ingin memutuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-




Hi,



My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!



The true,



Timah




*haha bangang kn kn kn ? adehh =,=
 
 
 
nk lagii ke ? last thu ? :))
 
 
Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa... Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu. Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam




Azman: " Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni"

Isteri: " Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke".



Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau".



Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.



Azman: " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu"



Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku. "Ada accident la encik", kata sorg mat rempit. Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi. Aku abang dia!. Tepiiiii,Akuuuu abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!



Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan. Dalam hati azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni" Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu...



Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya. Dalam hati dia berkata, Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku seekor monyet!!!!!! !




aik ?? nk lagi ? adehh maleh nk mlayann :P
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment